Monday, October 5, 2015

hidup ini satu pelajaran

Setiap ape yang berlaku/terjadi memiliki beribu erti dalam kehidupan manusia..Tuhan memang dasyat, mengajar manusia melalui masalah dan cara hidup..Aku belajar menjadi

seorang yang lebih pintar menyingkap masalah dan mengerti setiap pelajaran & pengajaran dari ape yang terjadi sekelilingnya..Pembelajaran datang melalui masalah sendiri, orang lain dan keseleruhan yang terjadi di semesta ini..

 Aku yakin tuhan sedang membentuk aku menjadi insan yang lebih kearah kesempurnaan walaupun banyak pelajaran hidup yang aku terima adalah melalui kedukaan..

Aku sekarang berhenti merisaukan apapun.Menjadi seorang yang egois dan bodoh itu sangat tidak masuk akal.Aku percaya apapun yang berlaku ini adalah aturan tuhan,kita hanya perlu melangkah kaki dan belajar dari segalanya..





Wednesday, July 27, 2011

Di sebalik ujian yang datang pasti ada rahmatnya

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 

Disebalik kata2 mu..

Sering kita menjadi mangsa,

Pada manis bicara,

Putar belit kata,

Tuturan lidah manusia,

Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,

Sesat dalam rimba percaya.

Manisnya bicara,

Laksana gula,

Manisnya meracun jiwa,

Taksubnya ...

Mengikat sangsi di perdu jati,

Kukuh talinya bersimpul mati.

Sedar-sedar saja ...

Segalanya telah tiada,

Hilang harta,

Hilang kepercayaan...

Sunday, October 31, 2010

ape la nk jadi eh?hmm

Dulu mase zmn sek,cita2 aku nak jadi polis. Nanti leh tanggap orang jahat sumbat dorg dalam penjara. Best, dapat nama di mata masyarakat. Nasib ada, leh kawen dgn golongan cantik. Hihihi...Tapi tu dulu, impian dulu dulu yang dah berlainan versi di mata masyarakat. Masyarakat hari ni dah x pandang semua tu. Mereka kutuk polis, kutuk kaw kaw punya. Bila terhantuk hilang barang mana dorg tuju? Balai polis gak... So nak jadi polis bole, tapi kena tahan maki la zaman skrg masyarakat dah tak pandang sangat dah kecuali ada kecemasan je.
OKAY TAK NAK DAH JADI POLIS

OK aku nak jadi cikgu. Nanti leh mengajar budak budak sekolah. Didik mereka dengan tarbiah yang betul. Biar mereka jadi orang bukan orang-orang. Kalo dorg degil aku rotan, kalo melawan aku lempang. Best, ada lesen leh lempang student yang wat salah. Bukan lempang kosong, lempang nak suh dorg majukan diri sendiri untuk masa depan mereka. Tapi, zaman skrg masyarakat dah tak pikir camtu. Masyarakat akan saman kau kalo kau lempang anak dorg. Mereka dah educated. Takde hak dalm undang undang leh lempang student. Tu budaya. Budaya lama, yang dah tak praktikal untuk diamalkan zaman sekarang. Silap aribulan, kau kena saman. Baik ko tukar cita cita kau jadi nelayan.
OKAY TAK NAK DAH JADI CIKGU

Uih, kalo jadi askar orait tak? Leh aku memburu. Badan jadi tough nanti ramai awek jato cinta. Tu lom kira jantan jantan kemaruk seks sesama jenis lagi, sure hot stuff ah! Best! Apa yang best, nanti ko duk terperap dalam utan. Orang xde nak nilai dan hargai ko kalo xde kecemasan. Silap silap orang cakap "ouh, just perajurit je ke..." lagi dasyat kalo orang tanye "ni keje camni leh kaya raya ke". Naya.
OKAY TAK NAK DAH JADI ASKAR

Kalau camtu aku nak jadi usahawan berjaya. Nanti leh tolong rakan rakan yang kesempitan, membantu rakyat menaikkan taraf hidup dari segi ekonomi. Elok elok, leh dapat title "dato" hihihi... toksah la, kalo dah terlalu berjaya nanti orang mark bawak g Banting kang naya. Nanti tinggal serpihan tulang je. Ugh seram.
OKAY TAK NAK DAH JADI USAHAWAN


Abes, aku nak jadi ape?
Rasenye,Jadi seorang manusia yang berkhidmat untuk ibu dan bapa je la... =)

Monday, October 18, 2010

Nak Tatu Kene Andi Wajib Dulu..

P/S : Dialog di bawah telah diolah secara drastic lantaran ayat2 kuajaq dan kuang sopan digunapakai sebagai predikat perbualan.

Brader A : Lu seyes ke nak wat tatu ni…
Brader B : A`ah. Lu nak kasi ceramah sila gi surau.
Brader A : Better u think twice…
Brader B : Biar la duit gua, badan gua, bukan calar kete lu pun.
Brader A : Ok silakan la. Tapi wa nasihatkan lu mandi wajib dulu bro sebelom buat tatu.
Brader B : Eh, dah kenapa?
Brader A : Yea la, setau gua sapa ada tatu mandi wajib dia x sah…
Brader A : Lu tau la, mandi wajib ni kena buat selepas melempiaskan nafsu samada dengan binatang atau dengan pokok.
brader A : Apatah lagi dengan manusia.
Brader A : At least, sejahat2 perogol pun kalo dia mandi wajib solat dia dikira sah.
Brader B : Maksud lu? Tersirat betol… detail please.
Brader A : Ya la, bila dah ada tatu mandi wajib tu dah xsah.
Brader A : Sebab tu bila mayat nak dimandikan, bahagian bertatu kena siat…
Brader A : Lu bayangkan, bila dah bertatu lu xleh mandi wajib. So better lu mandi skrg.
Brader A : At least,lu dalam keadaan suci.
Brader B : Waklu…! Gua blah dulu ah. Chow.
Brader A : Lu nak g ne weih…
Brader B : Nak g ngail kat kolam. Yok.
Brader A : Lu kata nak bertatu tadi?
Brader B : waklu, kalo dah xsah mandi wajib watpe gua bertatu. Kang susah gua nak bertobat.
Brader B : Susah bertobat maksudnya xdak can la gua masuk syurga.
Brader A : Eh pulak dah. Cepat tol ko ubah pikiran.
Brader B : Biasa la bro, jahat2 gua pun tetap nak masuk syurga gak..
Brader B : At least, probability gua masuk syurga masih ada… if xde tatu.
Brader A : Ahh, banyak bunyi ar lu. Ngail mana?, wa polow!

Kisah dua jejaka kacak di cyberjaya =P

sepi tanpa bicara

Malam ini aku merepek lagi menukilkan kata kata penganti bicara sepi.
Madah berkias pujangga, pantas jari menekan kekunci menyusun indah bait bait puisi kehidupan hari ini.
Tarian jari di papan kekunci melakarkan susunan kisah yang telah berlalu pergi.

Aku merenung di luar jendela kehidupan, redup rembulan mengambang umpama nyalaan pelita. Kemalapan seakan hampir kehabisan sumbu adanya.
Ahh, malam ini tiada bintang yang menemani rembulan. Cuma berselubungkan awan.
Tiada yang menarik, tiada yang memukau hati.
Aku beralih arah….

Memandang pada lampu neon di bawah, kelihatan bertenaga dan gembira ditemani hidupan kecil bergentayangan.
Menari tari metafora kehidupan. Berkejaran.
Ceria. Aku sedikit terhibur…

Tiba tiba, aku disapa bayu malam yang suram. Nyaman.
Ku pejam mata pekakkan telinga bisukan bicara.
Masih tetap kedengaran desah resah bayu yang menyapa. Pilu.
Ku menggapai pintu hati.
Perlahan lahan, kaki melangkah masuk ke kotak ingatan. Berjalan mengelilingi danau kenangan.
Kejauhan ku terpandang sebatang pohon memori dipenuhi dedaun nostalgia yang merimbun tinggi.
Helaian nostalgia yang jatuh kucantumi satu persatu menjadi hamparan permaidani.
Mengimbau semua apa yang terjadi. Sebagai panduan untuk aku di kemudian hari.

Ku memerhati permaidani kehidupan. Ada kisah sedih, ada kisah gembira, ada kisah suram.
Bila sedih aku berduka. Bila gembira aku ketawa. Bila suram aku berdurja.
Banyak berduka dari ketawa. Banyak berdurja dari berduka.
Itulah permaidani kehidupan. Ada pasang surut. Ada naik turun.
Macam forex.

Ku bukakan mata tajamkan minda kuatkan bicara.
Kumelepaskan semua dengan satu keluhan.
Agar dapat dihayati oleh semua insan.
Sebagai sebuah metafora kehidupan di pentas dunia yang semakin kejam.

Sunday, October 17, 2010

hikayatku..

Dihikayatkan sebuah penglipurlara untuk hati yang duka nestapa.
Kisah yang biasa biasa namun memberikan kesan yang mendalam juga.
Tiada lebih, tiada kurang, hampir sama sekata.
Diceritakan dari bicara meniti bicara, tersebutlah kisah di sebuah negara.
Cyberjaya nama di beri bunyinya utuh kuat dan megah berdiri.
Ramai pedagang dan pencari ilmu duniawi namun kurang amat ilmu selepas mati.
Mereka menjual dan membeli ilmu tidak kira tua dan muda.
Mengejar pangkat dan nama dalam dunia yang makin kejam dan buta.
Ada yang hitam, ada yang putih tak kurang kelabu jua.
Ada yang tinggi, ada yang pendek, ada yang kurang upaya.
Namun mereka tetap melangkah demi mengejar apa yang didamba.
Sehingga kadang kala ada yang terlupa dari mana mereka bermula.

Ceritera bermula, seorang pemuda pertengahan remaja mula menjejaki Cyberjaya.
Dikatakan luas Cyberjaya seluas Bandaraya Kuala Lumpur juga adanya.
Diberikan jolokan Bandar Pintar lantaran kewujudan jalur lebar tanpa wayar percuma.
Omong kosong jua….
Namun khazanah ilmu di dalam amat mahal harganya.
Lim Kok Wing, Multimedia University, Univerisiti Perubatan Cyberjaya.
Tiga nama gah yang menjulang Cyberjaya sebagai bandaraya pintar di Malaysia.
Cyberia, Cresent One, The Domain juga memainkan peranan yang sama.
Memangku kemegahan di atas nama Cyberjaya.
Semuanya meningkatkan nilai Ringgit Malaysia menjadikan pertukaran asing kerap terjadi di sana.

Dihikayatkan, tersebutlah kisah sang pemuda itu mendalami ilmu di universiti multimedia. Maka bermulalah sang pemuda berkenalan dengan semua jantina.
Ada yang kacak, ada yang hensem, ada yang buruk rupa.
ada yang cantik, ada yang jelita, ada yang sesedap mata.
Ada yang nyah, ada yang auw auw, ada yang geli suka suka.
Dikatakan si pemuda tidak memilih warna kulit dan persona dalam menjalin rasa persahabatan setia.
Jauh sekali membezakan kepercayaan dan anutan yang diwarisi berzaman lamanya.
Telah dilatih memandang pekerti dan budi bahasa dalam membezakan berlian dan kaca.

Namun tiba tiba si pemuda mula berubah pendirian.Bila diri sering ditindas.
Tiada lagi kelembutan. Tiada lagi belas kasihan.
Tiada kata tiada perbuatan, hanya perilaku menjadi saksi yang bersengkang.
Kini semuanya makin kabur..
Hanya masa akan menentukan ...