Monday, October 26, 2009

nset bru...












ari ni aku gumbira coz bru beli hanset .. da dkat 3 bulan aku pakai nset 4g akhirnye aku kembali ke alam 3g.hehe..aku beli nset ni ngn harge cukup murah coz kwn aku ni pjual nset,amik harge member2 je la.. dgn harge rm 400 aku da angkat K770i ni.

Monday, October 5, 2009

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah…

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah…

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh

1: 24

03 1987 (Birthday jai)

Memula;
2 + 4 = 6

Maka kotak pertama adalah 6…

Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 4 + 0 + 3 + 1 + 9 + 8 + 7 = 34

Kemudian hasil campur yang lebih dari dua no akan dicampur lagi seperti :

3 + 4 = 7

Maka kotak kedua adalah 7…
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

6 + 7 = 13

then, 1 + 3 = 4

Maka kotak ketiga ialah 4…hasilnya…

6. Angin

7.patuh

4. Rajin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.

Cara Menghilangkan Penat

Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sangat dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari
dengan senyuman. =)