Wednesday, July 29, 2009

HAJAT SI ISTERI

Wati pergi ke sungai untuk membasuh
pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya
seekor ikan yang menggelepar di atas
batu. Wati menghampirinya.

Tiba-tiba ikan itu bersuara, "Kalau puan
menolong aku, puan akan mendapat apa
yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat
dimakbulkan . Tiap kali permintaan
dikabulkan, suami puan akan mendapat
10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan
cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki
paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi
wanita yang paling cantik di kampung
itu.
& Permintaan kedua ialah Wati ingin
menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih
kaya.

Wa ti: Tidak mengapa. Wang miliknya
akan menjadi milik aku juga. Maka
jadilah Wati wanita kaya dengan gelang
memenuhi tangan.

"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.

"Aku nak serangan jantung yang
ringan," jawab Wati.

3 comments: