Dikeheningan fajar yg mnyinsing ,kelihatan dua pemuda Aimin & Pian keluar ke hutan untuk berburu. Mereka memulakan pemburuan se awal jam 7 pg dngan membawa lengkap segala peralatan berburu..Setelah beberapa jam berburu,matahari pun sudah naik meninggi, tapi  tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan mereka. Rusa,pelanduk,  ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah  bersembunyi jauh dari mereka. Hutan itu kelihatan sepi spt tiada pghuninya.
Hari kian beranjak petang, namun mereka masih blum dpt walo seekor pun hasil buruan..Oleh kerana perasaan kecewa,mereka bertekad utk pulang ke rumah dan kembali memburu pada keesokan harinya..
Di dalam perjalan pulang, tiba2 mereka terdengar  suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan mereka. Aimin cuba  mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang  memakan buah-buah hutan.Mereka mghampiri kawanan monyet tersebut,nampaknye Pian  begitu berminat  memerhatikan haiwan2  itu. Di bibir Pian kelihatan terbit sebaris senyuman. Aimin faham benar maksudnya senyuman sahabatnye itu.
"Hei Pian,ko nak tembak  monyet-monyet itu ke?"tanye Aimin kpd sahabatnye itu.
"Aha la,aku nak tembak ibunya, lepas tu  leh la aku  ambil anaknya, nanti boleh kita bela," begitu jawapan Pian .Aimin  beberapa kali mendesak Pian supaya membatalkan  hasratnya itu, tetapi gagal. Aimin gagal mengendurkan niat Pian.Pian kini sudah mula mbidik sasarannye.Pian mengacukan senapangnya ke arah kawanan  monyet tadi, dan ?
DAMMM!!!
Berdentum bunyi tembakan memecah kesunyian hutan..Monyet2 tersebut bercempera lari lintang-pukang menyelamatkan diri.  Kini hutan itu mjadi riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik kawanan monyet td.
"BUUUPP!"
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Aimin tergamam apabila melihat seekor ibu monyet jatuh tidak jauh dr mereka. Pian  terus berlari mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang  tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari  ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil  anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil  tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah  tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha  melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke  arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun  mendapatkan ibunya.
Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang  kesakitan. Aimin menatap semdiri di depan mata kepalanya bagaimana si ibu monyet  tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian  dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disusukannya.
Kini Aimin dan Pian terdiam & tergamam  tatkala melihat si anak menghisap susu ibunya yg mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan  sakit. Hati mereka kini tersentuh, betapa si anak yang baru melihat dunia  tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat  selama-lamanya.
Dalam fikiran mereka terbayang bagaimana mungkin si ibu ingin memeluk anaknya buat kali terakhir,  sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan  dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau  merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
Mata si  ibu monyet itu memandang ke arah dua org pmburu ini. Tangannya memeluk erat si anak  seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.
Mata si ibu td digenangi air, masih tidak lepas memandang mereka dengan  pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia."Dosa  apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?" Salahkah aku bebas ke sana  ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu  berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.Beberapa  detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kelihatn si ibu  mencium anaknya untuk ke sekian akhir kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya  terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang Pian tadi tidak  dapat ditanggungnya lagi.Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya  supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak  bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di  saat itu perasaan Aimin menjadi sebak. Diperhatikannya Pian beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke  pipi.Akhirnya air mata merekan tumpah juga tatkala melihat si anak monyet tadi menjerit dan  menggoncang- goncang tubuh ibunya, . Mereka kini betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Di suasana yg sunyi dan sedih itu ,si anak monyet itu mereka rangkul dan bawa pulang biarpun ia  terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
Di  dalam kereta Aimin dan Pian hanya mendiamkan diri.Pada  ketika itu mereka dapt merasakan betapa kejamnya mereka kerana membunuh  satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang  hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa  sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras  kami?haiwan juga punya  perasaan!sesalan demi sesalan muncul dlm otak mereka..
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak  ibunya. Anak monyet itu tidak mahu makan dan  asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,  keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.
Begitulah kejamnya manusia terhadap haiwan sedangkn ia juga makhluk ciptaan Allah..dimanakah akal yg dikurnia ilahi apabila sang ibu sanggup mgugurkn,mbuang & mbunuh bayi2 yg baru di lahirkn?Sedangkn haiwan amat menyayangi anak2 nya sehingga titisan darah terakhir..sayangilah semua ibu2 yg telah menjaga dan menyayangi kita sejak kita dilahirkn lagi..
 
michael kors, prada handbags, chanel handbags, oakley sunglasses, air jordan pas cher, nike roshe run, ralph lauren pas cher, ray ban sunglasses, tiffany jewelry, louis vuitton outlet, longchamp outlet, nike air max, burberry, longchamp outlet, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, louboutin, ray ban sunglasses, gucci outlet, oakley sunglasses, nike air max, louis vuitton, cheap oakley sunglasses, replica watches, ugg boots, ugg boots, uggs on sale, nike free, replica watches, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, prada outlet, louis vuitton, sac longchamp, louboutin pas cher, oakley sunglasses, louboutin outlet, christian louboutin outlet, louis vuitton, louboutin shoes, ray ban sunglasses, jordan shoes, tory burch outlet, longchamp, air max, louis vuitton outlet, kate spade outlet, nike outlet, longchamp pas cher, nike free
ReplyDeletesupra shoes, karen millen, sac louis vuitton pas cher, canada goose outlet, swarovski, moncler, moncler, canada goose outlet, pandora jewelry, canada goose, moncler, toms shoes, coach outlet, hollister, louis vuitton, canada goose, louis vuitton, canada goose, juicy couture outlet, moncler, thomas sabo, pandora charms, ugg,ugg australia,ugg italia, doudoune canada goose, links of london, juicy couture outlet, moncler, louis vuitton, wedding dresses, montre pas cher, bottes ugg, ugg pas cher, swarovski crystal, louis vuitton, moncler, moncler, moncler outlet, marc jacobs, canada goose, ugg boots uk, pandora jewelry, ugg,uggs,uggs canada, pandora charms, canada goose uk, replica watches
ReplyDelete