Monday, October 5, 2015

hidup ini satu pelajaran

Setiap ape yang berlaku/terjadi memiliki beribu erti dalam kehidupan manusia..Tuhan memang dasyat, mengajar manusia melalui masalah dan cara hidup..Aku belajar menjadi

seorang yang lebih pintar menyingkap masalah dan mengerti setiap pelajaran & pengajaran dari ape yang terjadi sekelilingnya..Pembelajaran datang melalui masalah sendiri, orang lain dan keseleruhan yang terjadi di semesta ini..

 Aku yakin tuhan sedang membentuk aku menjadi insan yang lebih kearah kesempurnaan walaupun banyak pelajaran hidup yang aku terima adalah melalui kedukaan..

Aku sekarang berhenti merisaukan apapun.Menjadi seorang yang egois dan bodoh itu sangat tidak masuk akal.Aku percaya apapun yang berlaku ini adalah aturan tuhan,kita hanya perlu melangkah kaki dan belajar dari segalanya..





Wednesday, July 27, 2011

Di sebalik ujian yang datang pasti ada rahmatnya

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 

Disebalik kata2 mu..

Sering kita menjadi mangsa,

Pada manis bicara,

Putar belit kata,

Tuturan lidah manusia,

Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,

Sesat dalam rimba percaya.

Manisnya bicara,

Laksana gula,

Manisnya meracun jiwa,

Taksubnya ...

Mengikat sangsi di perdu jati,

Kukuh talinya bersimpul mati.

Sedar-sedar saja ...

Segalanya telah tiada,

Hilang harta,

Hilang kepercayaan...

Sunday, October 31, 2010

ape la nk jadi eh?hmm

Dulu mase zmn sek,cita2 aku nak jadi polis. Nanti leh tanggap orang jahat sumbat dorg dalam penjara. Best, dapat nama di mata masyarakat. Nasib ada, leh kawen dgn golongan cantik. Hihihi...Tapi tu dulu, impian dulu dulu yang dah berlainan versi di mata masyarakat. Masyarakat hari ni dah x pandang semua tu. Mereka kutuk polis, kutuk kaw kaw punya. Bila terhantuk hilang barang mana dorg tuju? Balai polis gak... So nak jadi polis bole, tapi kena tahan maki la zaman skrg masyarakat dah tak pandang sangat dah kecuali ada kecemasan je.
OKAY TAK NAK DAH JADI POLIS

OK aku nak jadi cikgu. Nanti leh mengajar budak budak sekolah. Didik mereka dengan tarbiah yang betul. Biar mereka jadi orang bukan orang-orang. Kalo dorg degil aku rotan, kalo melawan aku lempang. Best, ada lesen leh lempang student yang wat salah. Bukan lempang kosong, lempang nak suh dorg majukan diri sendiri untuk masa depan mereka. Tapi, zaman skrg masyarakat dah tak pikir camtu. Masyarakat akan saman kau kalo kau lempang anak dorg. Mereka dah educated. Takde hak dalm undang undang leh lempang student. Tu budaya. Budaya lama, yang dah tak praktikal untuk diamalkan zaman sekarang. Silap aribulan, kau kena saman. Baik ko tukar cita cita kau jadi nelayan.
OKAY TAK NAK DAH JADI CIKGU

Uih, kalo jadi askar orait tak? Leh aku memburu. Badan jadi tough nanti ramai awek jato cinta. Tu lom kira jantan jantan kemaruk seks sesama jenis lagi, sure hot stuff ah! Best! Apa yang best, nanti ko duk terperap dalam utan. Orang xde nak nilai dan hargai ko kalo xde kecemasan. Silap silap orang cakap "ouh, just perajurit je ke..." lagi dasyat kalo orang tanye "ni keje camni leh kaya raya ke". Naya.
OKAY TAK NAK DAH JADI ASKAR

Kalau camtu aku nak jadi usahawan berjaya. Nanti leh tolong rakan rakan yang kesempitan, membantu rakyat menaikkan taraf hidup dari segi ekonomi. Elok elok, leh dapat title "dato" hihihi... toksah la, kalo dah terlalu berjaya nanti orang mark bawak g Banting kang naya. Nanti tinggal serpihan tulang je. Ugh seram.
OKAY TAK NAK DAH JADI USAHAWAN


Abes, aku nak jadi ape?
Rasenye,Jadi seorang manusia yang berkhidmat untuk ibu dan bapa je la... =)

Monday, October 18, 2010

Nak Tatu Kene Andi Wajib Dulu..

P/S : Dialog di bawah telah diolah secara drastic lantaran ayat2 kuajaq dan kuang sopan digunapakai sebagai predikat perbualan.

Brader A : Lu seyes ke nak wat tatu ni…
Brader B : A`ah. Lu nak kasi ceramah sila gi surau.
Brader A : Better u think twice…
Brader B : Biar la duit gua, badan gua, bukan calar kete lu pun.
Brader A : Ok silakan la. Tapi wa nasihatkan lu mandi wajib dulu bro sebelom buat tatu.
Brader B : Eh, dah kenapa?
Brader A : Yea la, setau gua sapa ada tatu mandi wajib dia x sah…
Brader A : Lu tau la, mandi wajib ni kena buat selepas melempiaskan nafsu samada dengan binatang atau dengan pokok.
brader A : Apatah lagi dengan manusia.
Brader A : At least, sejahat2 perogol pun kalo dia mandi wajib solat dia dikira sah.
Brader B : Maksud lu? Tersirat betol… detail please.
Brader A : Ya la, bila dah ada tatu mandi wajib tu dah xsah.
Brader A : Sebab tu bila mayat nak dimandikan, bahagian bertatu kena siat…
Brader A : Lu bayangkan, bila dah bertatu lu xleh mandi wajib. So better lu mandi skrg.
Brader A : At least,lu dalam keadaan suci.
Brader B : Waklu…! Gua blah dulu ah. Chow.
Brader A : Lu nak g ne weih…
Brader B : Nak g ngail kat kolam. Yok.
Brader A : Lu kata nak bertatu tadi?
Brader B : waklu, kalo dah xsah mandi wajib watpe gua bertatu. Kang susah gua nak bertobat.
Brader B : Susah bertobat maksudnya xdak can la gua masuk syurga.
Brader A : Eh pulak dah. Cepat tol ko ubah pikiran.
Brader B : Biasa la bro, jahat2 gua pun tetap nak masuk syurga gak..
Brader B : At least, probability gua masuk syurga masih ada… if xde tatu.
Brader A : Ahh, banyak bunyi ar lu. Ngail mana?, wa polow!

Kisah dua jejaka kacak di cyberjaya =P

sepi tanpa bicara

Malam ini aku merepek lagi menukilkan kata kata penganti bicara sepi.
Madah berkias pujangga, pantas jari menekan kekunci menyusun indah bait bait puisi kehidupan hari ini.
Tarian jari di papan kekunci melakarkan susunan kisah yang telah berlalu pergi.

Aku merenung di luar jendela kehidupan, redup rembulan mengambang umpama nyalaan pelita. Kemalapan seakan hampir kehabisan sumbu adanya.
Ahh, malam ini tiada bintang yang menemani rembulan. Cuma berselubungkan awan.
Tiada yang menarik, tiada yang memukau hati.
Aku beralih arah….

Memandang pada lampu neon di bawah, kelihatan bertenaga dan gembira ditemani hidupan kecil bergentayangan.
Menari tari metafora kehidupan. Berkejaran.
Ceria. Aku sedikit terhibur…

Tiba tiba, aku disapa bayu malam yang suram. Nyaman.
Ku pejam mata pekakkan telinga bisukan bicara.
Masih tetap kedengaran desah resah bayu yang menyapa. Pilu.
Ku menggapai pintu hati.
Perlahan lahan, kaki melangkah masuk ke kotak ingatan. Berjalan mengelilingi danau kenangan.
Kejauhan ku terpandang sebatang pohon memori dipenuhi dedaun nostalgia yang merimbun tinggi.
Helaian nostalgia yang jatuh kucantumi satu persatu menjadi hamparan permaidani.
Mengimbau semua apa yang terjadi. Sebagai panduan untuk aku di kemudian hari.

Ku memerhati permaidani kehidupan. Ada kisah sedih, ada kisah gembira, ada kisah suram.
Bila sedih aku berduka. Bila gembira aku ketawa. Bila suram aku berdurja.
Banyak berduka dari ketawa. Banyak berdurja dari berduka.
Itulah permaidani kehidupan. Ada pasang surut. Ada naik turun.
Macam forex.

Ku bukakan mata tajamkan minda kuatkan bicara.
Kumelepaskan semua dengan satu keluhan.
Agar dapat dihayati oleh semua insan.
Sebagai sebuah metafora kehidupan di pentas dunia yang semakin kejam.

Sunday, October 17, 2010

hikayatku..

Dihikayatkan sebuah penglipurlara untuk hati yang duka nestapa.
Kisah yang biasa biasa namun memberikan kesan yang mendalam juga.
Tiada lebih, tiada kurang, hampir sama sekata.
Diceritakan dari bicara meniti bicara, tersebutlah kisah di sebuah negara.
Cyberjaya nama di beri bunyinya utuh kuat dan megah berdiri.
Ramai pedagang dan pencari ilmu duniawi namun kurang amat ilmu selepas mati.
Mereka menjual dan membeli ilmu tidak kira tua dan muda.
Mengejar pangkat dan nama dalam dunia yang makin kejam dan buta.
Ada yang hitam, ada yang putih tak kurang kelabu jua.
Ada yang tinggi, ada yang pendek, ada yang kurang upaya.
Namun mereka tetap melangkah demi mengejar apa yang didamba.
Sehingga kadang kala ada yang terlupa dari mana mereka bermula.

Ceritera bermula, seorang pemuda pertengahan remaja mula menjejaki Cyberjaya.
Dikatakan luas Cyberjaya seluas Bandaraya Kuala Lumpur juga adanya.
Diberikan jolokan Bandar Pintar lantaran kewujudan jalur lebar tanpa wayar percuma.
Omong kosong jua….
Namun khazanah ilmu di dalam amat mahal harganya.
Lim Kok Wing, Multimedia University, Univerisiti Perubatan Cyberjaya.
Tiga nama gah yang menjulang Cyberjaya sebagai bandaraya pintar di Malaysia.
Cyberia, Cresent One, The Domain juga memainkan peranan yang sama.
Memangku kemegahan di atas nama Cyberjaya.
Semuanya meningkatkan nilai Ringgit Malaysia menjadikan pertukaran asing kerap terjadi di sana.

Dihikayatkan, tersebutlah kisah sang pemuda itu mendalami ilmu di universiti multimedia. Maka bermulalah sang pemuda berkenalan dengan semua jantina.
Ada yang kacak, ada yang hensem, ada yang buruk rupa.
ada yang cantik, ada yang jelita, ada yang sesedap mata.
Ada yang nyah, ada yang auw auw, ada yang geli suka suka.
Dikatakan si pemuda tidak memilih warna kulit dan persona dalam menjalin rasa persahabatan setia.
Jauh sekali membezakan kepercayaan dan anutan yang diwarisi berzaman lamanya.
Telah dilatih memandang pekerti dan budi bahasa dalam membezakan berlian dan kaca.

Namun tiba tiba si pemuda mula berubah pendirian.Bila diri sering ditindas.
Tiada lagi kelembutan. Tiada lagi belas kasihan.
Tiada kata tiada perbuatan, hanya perilaku menjadi saksi yang bersengkang.
Kini semuanya makin kabur..
Hanya masa akan menentukan ...

Monday, September 20, 2010

Doaku buat Ayah & Bonda..

Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
perindahlah ucapanku di depan mereka,
lunakkanlah watakku terhadap meraka dan
lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab retaknya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu,

Ya Allah..hanya engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan izin-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
keampunan-Mu serta rahmat-Mu.


Sahabat Sejati Utk Masa Depan..

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat satu persahabatan itu
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering didatangkan dgn 1000 dugaan, tetapi
persahabatan sejati pasti dapat mengatasi setiap dugaan itu bahkan
mekar bersama karenah2nya…

Persahabatan tidak terjalin secara spontan tetapi
memerlukan proses yang panjang ibarat besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka & duka, dihibur & disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja berlaku
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan sahabatnya
demi menghindari perselisihan, oleh karena kasihnya seorang sahabat,
ia memberanikan diri menegur apa2 seadanya.

Sahabat tidak perlu membalas pukulan dengan ciuman,
tetapi cukuplah sekadar menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya akan berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukanlah pada saat kita
memerlukan bantuan barulah kita mencari perhatian, pertolongan dan kasih sayang
dari sahabat , tetapi berikanlah segala bantuan
dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya
dgn keikhlasan.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego..
Setiap manusia pasti memerlukan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya..
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan,namun
ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnes
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini selalunya berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yang sejati


Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”

Wednesday, August 25, 2010

Ya ALLAH..PaDamu aKu BeRSujuD

Ya Allah,
harapanku pada pengampunan~Mu,
takkan lenyap
sebanyak mana maksiatku pada~Mu.
namun,
...kebimbanganku pada kemurkaan~Mu
takkan sirna
dalam ketaatan ku pada~Mu.

Ya Allah,
jadikan cintaku pada~Mu
setinggi-tinggi kecintaan bagiku,
mengatasi selainnya
dan jadikan ketakutanku pada kemurkaan~Mu
sehebat-hebat ketakutan dalam jiwaku,
supaya meninggalkan maksiat pada~Mu.

Dan lepaskan daku
dari kehambaan pada
keinginan dunia yang melampau,
dan nafsu yang membutakan
tumbuhi keinginan
pada suatu pertemuan dengan-Mu
dalam nuraniku.
Ya Allah kecintaanku,
kumohon dengan sangat,
jadikan daku pencinta~Mu
yang paling merindui~Mu
berikan diriku rasa kasih kepada
mereka yang mencintai~Mu
dan dekatkan daku kepada amalan
yang menyuburkan cintaku pada~Mu.

Ya Rabbul 'Izzaty,
dambaan hati agar dipenuhi Cinta~Mu
adalah permintaanku yang abadi,

Maka kupinta
izinkan daku, dengan Cinta~Mu
bertemu dengan~Mu
dan kecintaan~Mu yang Tertinggi,
Muhammad Habibullah
di laman jannatul firdausi
setibanya diri, di akhirat nanti.

Sunday, May 16, 2010

Kejamnya manusia

Dikeheningan fajar yg mnyinsing ,kelihatan dua pemuda Aimin & Pian keluar ke hutan untuk berburu. Mereka memulakan pemburuan se awal jam 7 pg dngan membawa lengkap segala peralatan berburu..Setelah beberapa jam berburu,matahari pun sudah naik meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan mereka. Rusa,pelanduk, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari mereka. Hutan itu kelihatan sepi spt tiada pghuninya.

Hari kian beranjak petang, namun mereka masih blum dpt walo seekor pun hasil buruan..Oleh kerana perasaan kecewa,mereka bertekad utk pulang ke rumah dan kembali memburu pada keesokan harinya..
Di dalam perjalan pulang, tiba2 mereka terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan mereka. Aimin cuba mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Mereka mghampiri kawanan monyet tersebut,nampaknye Pian begitu berminat memerhatikan haiwan2 itu. Di bibir Pian kelihatan terbit sebaris senyuman. Aimin faham benar maksudnya senyuman sahabatnye itu.

"Hei Pian,ko nak tembak monyet-monyet itu ke?"tanye Aimin kpd sahabatnye itu.
"Aha la,aku nak tembak ibunya, lepas tu leh la aku ambil anaknya, nanti boleh kita bela," begitu jawapan Pian .Aimin beberapa kali mendesak Pian supaya membatalkan hasratnya itu, tetapi gagal. Aimin gagal mengendurkan niat Pian.Pian kini sudah mula mbidik sasarannye.Pian mengacukan senapangnya ke arah kawanan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Berdentum bunyi tembakan memecah kesunyian hutan..Monyet2 tersebut bercempera lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Kini hutan itu mjadi riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik kawanan monyet td.
"BUUUPP!"
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Aimin tergamam apabila melihat seekor ibu monyet jatuh tidak jauh dr mereka. Pian terus berlari mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.
Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Aimin menatap semdiri di depan mata kepalanya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disusukannya.

Kini Aimin dan Pian terdiam & tergamam tatkala melihat si anak menghisap susu ibunya yg mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati mereka kini tersentuh, betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.

Dalam fikiran mereka terbayang bagaimana mungkin si ibu ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah dua org pmburu ini. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Mata si ibu td digenangi air, masih tidak lepas memandang mereka dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia."Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?" Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kelihatn si ibu mencium anaknya untuk ke sekian akhir kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang Pian tadi tidak dapat ditanggungnya lagi.Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan Aimin menjadi sebak. Diperhatikannya Pian beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
Akhirnya air mata merekan tumpah juga tatkala melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, . Mereka kini betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Di suasana yg sunyi dan sedih itu ,si anak monyet itu mereka rangkul dan bawa pulang biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta Aimin dan Pian hanya mendiamkan diri.Pada ketika itu mereka dapt merasakan betapa kejamnya mereka kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras kami?
haiwan juga punya perasaan!sesalan demi sesalan muncul dlm otak mereka..

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Begitulah kejamnya manusia terhadap haiwan sedangkn ia juga makhluk ciptaan Allah..dimanakah akal yg dikurnia ilahi apabila sang ibu sanggup mgugurkn,mbuang & mbunuh bayi2 yg baru di lahirkn?Sedangkn haiwan amat menyayangi anak2 nya sehingga titisan darah terakhir..sayangilah semua ibu2 yg telah menjaga dan menyayangi kita sejak kita dilahirkn lagi..

Thursday, May 13, 2010

Tembikai & Saga


Pada suatu petang yg mbusankan,seorang pemuda yg kacak lg bergaya Elsi berjalan2 tanpa arah & tujuan di sekeliling kampung nya..Setiap manusia yg dilihatnya ditegurnya dengan senyuman & penuh budi bhasa.Ramai gadis2 dan cewek yg menjeling tiap kali mlihat kelibat pemuda ini melintasi umah2 mereka..
Semua terpana akan ketampanan pmuda ini..Sedang asyik melayan perasaan yg konon nye hensem ,Elsi smpai di tgh2 kg yg mana terdapat satu kebun tembikai ..Dilihatnya hasil tanaman yg begitu subur dimana buah2 tembikai begitu byk dan besar..Elsi menjadi hairan dengan kjadian tembikai..timbul pelbagai persoalan di dlam otak benak nye.."mgapa buah tembikai besar,pokoknye kecil? mgapa x bbuah di pokok yg besar??Kecewa kerana dipikirnya x logik,Elsi meneruskn perjalanan ke hujung kg.
Di sana dia menemukn sebuah pohon saga yg amat rimbun dan besar..oleh kerana sudah keletihan die pun mghamparkn dirinye di bawah pohon tersebut utk merehatkn dirinya..Dia mendongak ke atas dan terlihat buah2 saga yg kecil berbanding buah tembikai..Sekali lg die mmikirkn psoalan yg same seperti sebelumnya.."mgapa pokok ni besar,buahnye plak kecil??bukankah sepatutnye pokok yg besar buah nye juga patut besar??..Timbul rase ketidak adilan tuhan di dlm dirinya..die merasakn tuhan tidak adil kerana mciptakn pokok yg kecil ttp berbuah besar(tembikai) sedangkn pokok yg besar ttp buahnya kecil(saga)..sedang asyik dengan persoalan dan perasaan yg bermain di otaknya,dia tertidur di bawah pohon saga tersebut..
Ketika sedang asyik dilamun mimpi tibe2 "pang!!" , die terkejut kerana sesuatu jatuh tepat di muka nye..apabila dipandg keliling dilihatnye buah saga dr pohon yg besar itu yg menimpanya..Kini die tersedar akan kekhilafannya ttg ketidakadilan tuhan..Di renungnya kmbali andai yg jatuh td adalah buah sebesar tembikai,pasti shj sudah hancur kepalanya..Elsi segera memohon kemaafan di atas sikapnye yg myalahkn tuhan di atas ciptaan yg dirasaknnye tidak logik di pemikirannya..




Tuesday, January 5, 2010

ALLAH memanggil kita 3x jer..

Renung-renungkan dan selamat beramal….

Panggilan 1
'Panggilan pertama adalah Azan ',Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel,Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya,baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.


Panggilan 2
Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji . Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata,laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Panggilan 3
'Dan panggilan ke-3'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

Renungan

Huraisy

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

Akhir kata sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Thursday, December 3, 2009

kasih bapa..


Anakku Sazali dengarlah

Lagu yang ayahanda karangi

Sifatkan laguku hai anak

Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita

Laguku jadikan pelita

Penyuluh di gelap gelita

Pemandu ke puncak bahagia…

BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak.Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia".

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra’: 23-24)

Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim).

Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”

Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?”

Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”

Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.Renungkanlah sebagaimana hubungn kita dgn ayah kita selama ini..

Tuesday, November 24, 2009

maaf dik bertanya??



Andaikan anda sedang minum di sebuah warung ..tibe2 dtg satu van berhenti betul2 didepan anda ..sang pemandu pun menurunkn tgkap lalu bertnya jln kpd anda.." mana jalan pergi ke taman bla3 ?"..adakah anda akan menunjukkn jalan yg betul kpd nye atau mnunjukkn jalan yg sesat? da la x turun dr kereta,bg salaam pun tidak..apa punya org la dlm pikiran anda..

ada dua cara pmikiran

1)anda mberi jalan yg salah-jika anda mlakukan ni,anda adalah seorg yg amat berani dan berjiwa muda tetapi bodoh sebenarnye.mgapa? org yg bertanya(van)1 kesalahn,anda pula 3x kesalahan..kesalah dia hanya x bg salam/ biadap tetapi anda mnipu(dosa),mburukkn nama anda(mjatuhkn maruah) & mdpat sumpahn kmudian ari(igt!!-doa org teraniaya ni makbul).

2)mberi jaln yg benar-anda akan dianggap pondan oleh kwn2 tetapi sebenarnya anda adalah seorg yg bpikiran matang.mgapa? biarpun org mlakukn slah,anda tetap berbudi bhs,bkate benar .apa kebaikannya? anda mmuliakn kwasan anda("bguslah bdak2 kawasan tu,aku x beradap pun dorg xtipu" anda dpat pahala,org keliling anda dpt rahmat.mgkin juga dia akan tsedar apabila di kemudian hari(dpt anda pahala lagi)..


igtlah kita perlu stiasa bsangka baik dalam mcari keredhoan dlm beragama..setiap kebaikan pasti akan dibalas kebaikan dan rahmat..

Jalan Mana Harus di tuju??



alkisahnya di sebuah kampung ,seorg ibu tua yg mempunyai 4 org anak ingin blik beraya di kg sekeluarga..anak2 kpd ibu tersebut sume duduk di empat tempat berbeza iaitu A ,B,C dan D..
Setiap anak si Ibu ni mgunakan jalan berlainan utk pulang ke kampung..anak A lebih suke mgunakan jalan highway apabila pulang ke kg krn baginya lebih pantas dan selamat.anak kedua iaitu B lebih suke mgunakan jalan berbukit2 utk pulang ke kampung kerana dapat mlihat keindahan alam. Lain pula anak yg ketiga iaitu si C yg suke mgunakan jalan kampung kerana dikatakan lebih murah berbanding highway dan jalan berbukit..Anak ke 4 pula adalah seorg yg berharta dan lebih suke mgunakan kapal terbang utk pulang ke kg..

apabila tibe di kg ,ke empat2 anak td pun duk bersembang2..tibe2 sang ibu bertanya kpd 4 org anaknye."jalan manakh plg selamat dgunakan utk pulang ke kg ni?" seorg demi seorg mberi pendapat akan jalan yg mereka ikuti sehingga menimbulkn sedikit perselisihan faham..setiap mereka ini bertegas akan kebaikan jalan masing2 dan myalahkn jalan yg tidak mereka lalui.si A myalahkn B kerana katenye jalan berbukit bhy kerana byk sgt curamnye,si B myalahkn C kerana katenye jalan kg byk lobang yg boleh mgakibatkn eksiden,si C myalahkn D kerana katenye kos dan risiko kapal terhempas dan si D myalahkn si A kerana katenye highway kene byr tol mahal serta kenderaan sgt laju d highway..

Hal ini lah yg sedang terjadi dkalangn org2 islam kite yg saling myalahkn satu sama lain oleh kerana sedikt perselisihan pendapat ttg agama atau sesuatu perkara.padahal stiap jalan yg digunakan adalah mnuju ketempat/tujuan yg same .alangkh baiknye jika kite mcuba /melalui sume jaln2 tersebut sblum mbuat sesuatu keputusan atau andaian sbelum menuduh org lain sesat dan sebagainya.

Kisah Gajah dan Empat Orang Buta



Pernahkah anda mendengar cerita gajah dan 4 orang buta? kisah ni mempunyai byk pengajaran yg berguna kpd kita semua.aku ringkaskn utk tatapn sume.

Disebuah kampung terdapat 4 org buta yg ingin mengetahui rupa sang gajah yg selalu mereka ini dengar suarenye.
Pada satu ari, 4 orang buta ini diberi kesempatan utk menguraikan tentang sang gajah. Waktu yg diberikan kepada mereka tidak lama, hanya 1 minit je.Mereka ni pun pergilah mengelilingi sang gajah yg sedang mkn..

Dimulai dari orang buta pertama, dengan wajah bersemangat dia memilih bahagian depan, ternyata yg dia raba adalah belalainya. Dengan kagum dia mbayangkn bhw gajah itu bulat, panjang, keras dan agak lentur seperti ular.
Orang buta ke2, tidak mensia-siakan kesempatan 1 minit itu utk memegang sang gajah. Dia pun mraba telinga gajah, otaknya menyimpulkan bhw gajah itu seperti kipas, tipis, lebar dan bergerak-gerak.Kini tiba giliran orang buta yang ke3, dia menuju ke bahagian tengah, dipegangnya badannya gajah. Setelah dia mraba dia tpinga-pinga kerana katanya gajah itu seperti tembok. Keras,tinggi dan luas.Kini tiba pula giliran orang buta ke4, tanpa mlengah2kn waktu yang hanya satu minit, dia pun memilih bahagian belakang, aitu kaki gajah. Setelah dia mraba-raba dan amati, ternyata baginya gajah itu seperti batang pohon besar, tinggi, bulat dan kokoh.Satu minit pun telah berlalu, kemudian mereka paparkan hasil pengamatan mereka itu pada suatu forum dengan judul "Gajah dan Kebenaran".

Ada 4 kesimpulan yang diberikan oleh 4 orang buta,tiap2 orang buta meyakini akan kebenaran apa yang mereka pegang,amati & rasakan, masing-masing tidak mau mengalah akan kebenaran yang diyakini, mereka tidak mau disalahkan oleh satu sama lainnya.

Ini adalah cth thadap apa yang terjadi pada agama kita sekarang ini, semua firqoh, golongan, mazhab menganggap dirinya yang paling benar dan yang lainnya sesat atau salah. Akhirnya mereka saling menuding, saling mhancurkan antara yang satu dengan yang lainnya dengan dalil kebenaran masg2.padahal jika mereka saling merasai semua bhgn(andaikn keempat2 org buta td berubah tempat sebyk 4x), pasti mereka akan jumpe kebenaran yg sama .

Demikianlah kebenaran yang dicari selalu berselimutkan tanda tanya, sehinga terjadi jurang2 perbezaan sesama islam. Janganlah kita larut dalam perbezaan, temukan kesamaan, dgn melihat suatu hal yang sama, maka kedamaian mudah didapatkan. Perbezaan itu adalah berkah jika dipandang dr sudut yg positif..

aku akan smbung pada lg satu kisah

Wednesday, November 11, 2009

Sai Baba 1drp 30 PENIPU sblm munculnye DAJJAL

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan.

Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi). Abu Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). wallahu al ' am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian,cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba meng aku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan meng aku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah.. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur ' an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker..

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebabkan teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : ' Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Ali Yakubov

salam..ari ni aku terbace dlm forum harmonisers.net ttg seorg budak di rusia..ok aku pastekn pe yg aku bc tu..renung2 kn ye..










MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa
ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip
kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di
wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran
itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan
dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang
malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat
dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. – Agensi Berita Russia.

Monday, October 26, 2009

nset bru...












ari ni aku gumbira coz bru beli hanset .. da dkat 3 bulan aku pakai nset 4g akhirnye aku kembali ke alam 3g.hehe..aku beli nset ni ngn harge cukup murah coz kwn aku ni pjual nset,amik harge member2 je la.. dgn harge rm 400 aku da angkat K770i ni.