Sunday, August 16, 2009

Bismillah 5

Ketika sume skang ni sibuk ngn ktakutan H1N1,byk la pnawar dan petua aku dgr utk mcegah H1N1 ni..tp bg org2 islam kan kita da di ajar doa2 utk mgelak wabak ni..

bg aku,tiada yg dapat myembuhkan sesuatu pyakit jika tiada izin dari ALLAH jua..

mgkin wabak ni nak bg kita ni sedar dan mgingati pe yg kita lupa dari quran & hadis..


Doa ini jika yg da tau kebaikan nya alhamdullillah..tp yg blum tau elok la bljar&mula mgamalkan doa2(pmohonan)ni ..bacalah amalan ni 3x pg & 3x ptg..insyallah kita terlindung dr segala pyakit dan mudarat di bumi dan air.

ni juga bleh korg gunekn utk murah rezeki,lapang dada & terhindar dr sgala bahaya(dr pgalaman aku le..)

Dengan mgamalkan doa ini akan myebabkan sume racun mjadi tawar dan tidak mberi bekas kpd sang pgamalnye..gelas yg dipegang akan pecah atau meletup jika terdapat racun(santau)..

antara kelebihan bismillah 5 ini adalah ;-

1.penawar bisa diri
2.penawar bisa tulang
3.mgubat pyakit yg xtau mana dtgnye

petua pyembuhan& mhindarkan H1N1

Salam kawan2..di sini aku forwarkn petua myembuh & mhindari virus H1N1..aku dpt dari satu forum yg aku join..

Penyediaan seperti dibawah:

  • air kelapa
  • kurma
  • mangkuk

Cara-Cara:

  1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
  2. tuang air kelapa
  3. biar sejam dua
  4. minum air kelapa bersama makan kurma

aku juga ingin berkongsi maklumat / tip yg di perolehi daripada Ustaz Fauzi Mustafa di dalam radio RMKL bagi mengindarkan diri kita terutamanya anak-anak daripada terkena penyakit H1N1. Usahakan salah satu daripadanya...

  • Baca Bismillah dan tiup pd air dan masakan yg disediakan
  • Makan madu lebah asli
  • Makan buah tamar
  • Makan kismis
  • Makan buah delima
  • Minum air kurma
  • Makan Habbatus sauda
  • Makan buah Tin

KETAWA ??


Teknik mengeluarkan penawar bagi mengelakkan dan mengubati pelbagai penyakit.
Ketawa adalah penawar dan boleh menyembuhkan penyakit. kali ini aku nak kongsi satu teknik di mana bagaimana kita boleh mengaktifkan system penawar yang telah sedia ada di dalam tubuh badan.

Pasti korang semua pernah mengalami apabila korang rasa suka & rasa seronok , tubuh badan korang rasa lebih segar dan sihat. Berbanding pula bila korang rasa susah hati, korang akan rasa macam sakit dan tidak selesa. menurut pe yg aku baca,sebenarnya biokimia di dalam badan kita bertindak balas terhadap tenaga dari getaran emosi. Penawar akan dikeluarkan apabila rasa suka dan racun (toksin) dihasilkan apabila kita berasa duka.

Teknik yang esklusif ini aku khaskan untuk kawan2 aku dan ianya terbukti berkesan menghasilkan penawar di dalam badan dan mengeluarkan racun.

Korang dah bersedia? caranya adalah di dalam keadaan berdiri , sedut nafas sedalam mungkin dalam kiraan 7 hingga terasa masuk dari HIDUNG , paru-paru dan perut. Sambil menarik nafas jengkitkan kaki(angkat tumit ) dan kedua tangan di depa , tahan sehingga kiraan 11.

Selepas itu keluarkan nafas dari perut melalui paru paru dan keluar melalui MULUT sambil meletakkan tumit perlahan-lahan. Keluarkan nafas dalam kiraan 7 dengan bunyi suara Ha..Ha...ha.. seperti orang ketawa ( kalau boleh ketawa lagi bagus) sambil mengepam keluar nafas yang kotor bermula dari perut. Aktiviti ini seronok dilakukan lebih dari seorang. Lakukan sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari pada waktu pagi atau petang.

RASAKANLAH PENGALAMAN YANG MENAKJUBKAN. KESANNYA BOLEH DIRASAKAN SELEPAS AKTIVITI TERSEBUT. ( AMARAN: BAGI PESAKIT JANTUNG ELAKKAN DARI MELAKUKAN AKTIVITI INI! jika hendak lakukan hanya senyum sahaja)

Friday, August 14, 2009

manusia ni hebat kan?


video neh aku dpt kat dlm metacafe....aku pun x pasti sejauh mana kebenaran brader neh buat bunyi gitar pakai mulut dia...siap goreng lagi tu....tabik spring l la aku kat brader ni....masa mula2 aku tengok hampir ternganga mulut aku....tp 5 saat selepas tu tutup balik....ehehe....sbb aku terpikir betul ke neh....tp lantak la kat dia betul ke tipu ke aku pedulik ape....x kaco idup aku pun....aku cume nk kongsi2 ape yg aku dpt je...maklum la....bende free...bukannye kena bayao pun kalau angkat tgn....hehe....

ok dh.. aku malas nk taip panjang2....wat lenguh tgn je....moral yg cube aku sampaikan dlm cite neh ialah kalau kita berusaha kita akan capai ape yg kita nk tp tu sume dh ade atas rail.....so usaha la kot mana pun...ehehe....sekian dari aku ......salamun alaika.

Sunday, August 2, 2009

ULU YAM Trip

NI lah sedikit gambar ketika bercamping di air terjun ulu yam bru2 ni..
















Chilling Waterfall






emm..ni lah peta laluan utk sampai ke air terjun chilling..pjalanan dr ibu kota mgambil mase skitar 45 minit utk sampai ke kwsan ni..air terjun chilling ni terletak dlm kawasan Kuala Kubu Bharu..
Air Terjun Chilling ni merupakan salah satu tmpt yg cantik dan seronok utk dikunjungi..

Sebelum memulakn perjalan ,kami mdaftarkn diri di pondok renjer hutan dan dikenakn byrn 50sen seorang..

Untuk sampai di kaki air terjun,kami terpaksa berjalan lebih kurang 30minit dan merentasi beberapa aliran sungai..pelbagai keindahan dan hidupan hutan dpt disaksikn di laluan ini..




Inilah rupa dan keadaan Air Terjun Chilling..sgala pnat ketika kami berjalan tadi ilang dgn serta merta bila tiba di air terjun ni..disekitar air terjun ni,kami teruja melihat puluhan ikan kelah bermain di dlm air..tp awas,ikan2 ni x boleh ditangkp kerana ini merupakan santuari ikan kelah..jika dtangkap boleh dikenakn denda sehinnga rm10,000 sekor..






aku dan rakan2 yg sampai ke air terjun chilling ni..puas2..pasti kami akan kmbali ke sini lg kelak..
=)



kisah ari jumaat..

Benda yg aku kurang minat setiap kali keje ari jumaat adalah apabila nak kene blik umah tgahari utk g solat jumaat..selalunye kelam kabut time tghari tu..biase la..jem..ramai org mlintas..mcm2 lg..tp benda plg aku pelik bila jumaat ni adalah,mkin dkat waktu zohor,makin ramai plak manusia berduyun2 nak beli tiket wayang..da la tu,leh kate kbayakan yg beli tu plak lelaki yg mgaku beragama islam..kdg2 aku tertanya2 gak,pe dorg islam keturunan ke pe?da la tu,yg masuk tu plak kbayakn nye pakai bju melayu..xsgan ke dorg2 ni ngn org2 agama lain??aduhai org2 skrang ni..patut le byk bencana kat m'sia ni.. yg couple tu bg aku xheran la..mmg ni la mase utk dorg wat wayang kat dlm panggung tue..