Monday, September 7, 2009

Zakat dulu baru leh Raya =)

Hari ni 16 Ramadan. Cepat kan masa berlalu? Sedar tak sedar kite dah dekat sangat dengan akhir ramadan kan. Ramadan awalnya rahmat pertengahannya maghfirah dan akhirnya penjauhan dari api neraka.

Tiba-tiba teringat la pulak pasal zakat. Ye zakat fitrah. Dulu benda ni tak payah nak fikir sangat sebab konfem abah aku yang bayar. But since aku ni dah akil baligh, dah besar panjang perlu ke die bayarkan lagi? Huhu.. Perlu kot sebabnye aku belum punye pendapatan lagi kan. Tapi what happen kalau aku bayar & abah aku pun bayarkan on behalf of me? Tak jadi masalah. Itu dah nama sedekah. So i'm about to think the right time to fulfill that zakat.

Kenape masih ade yang take for granted pasal zakat ye? Maybe kurang kesedaran pentingye tolong orang yang memerlukan. And maybe ade yg lupe kot? Taktaula. Harap aku dijauhkan dari sikap macam tu bile aku dah pegang duit sendiri nanti. Tak boleh nak cakap kan. Kite kalau dah kaye sgt pun senang je Tuhan nak uji. Dah mls nak bayar zakat. Alasan apelah sangat RM7(average) tu. kalau aku sorang tak bayar pun ramai lagi yang bayar.

Kalau tak penting takkanla Islam syariatkan dalam Rukun Islam kan. Ramai yang memerlukan sumbangan kita. Zakat fitrah bukan hanya untuk orang susah/fakir miskin.

Firman Allah :

Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” [At-Taubah : 60]

Berikut ringkasan waktu yang dibolehkan untuk membayar zakat fitrah. Umumya sepanjang ramadhan hingga pagi 1 Syawal.

- Waktu dibolehkan : Mulai awal ramadhan hingga terbenam matahari bulan Ramadan.

- Waktu diharuskan : Mulai terbenam matahari bulan ramadan.

- Waktu disunatkan : Sesudah solat subuh pagi 1 Syawal TAPI sebelum sembahyang sunat Aidil Fitri.

Kalau nak bayar lepas sembahyang sunat aidilfitri boleh? Boleh, tapi tak jadi zakat fitrah. Tapi namenya Sadaqah(sedekah).. =)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :

Telah difardhukan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat(sunat aidilfiri), maka ia bererti zakat yang diterima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah solat, maka itu bererti sedekah seperti sedekah biasa (bukan zakat fitrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)

4 comments: